Hari raya
Sunday, September 27, 2009
Hari raya merupakan masa dimana kita akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain. Malangnya, ada diantara kita yang tidak menggunakan kesempatan ini hanya kerana diri mereka sudah ditawan oleh keegoan mereka sendiri. Baik yang muda mahupun yang tua tidak mahu mengalah dan mereka sering mencari kesilapan diri orang lain tetapi bukan kesalahan diri mereka sendiri.Apa salahnya jika mereka ketepikan keegoaan mereka? Memohon maaf daripada orang lain tidak bermakna bahawa kita berada di pihak yang salah.Apa salahnya jika yang tua menunjukkan tauladan kepada yang muda supaya yang muda satu hari nanti akan menyedari kesilapan yang telah dia lakukan. Ingatlah bahawa sikap yang ditunjukkan oleh kita akan mencerminkan akhlak diri kita. Tidak semestinya seseorang itu menampakkan dirinya sebagai seorang ynag baik merupakan orang yang baik dan tidak semestinya orang yang menampakkan dirinya sebagai orang ynag jahat adalah orang yang jahat. fikir-fikirkanlah. :)