<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



Masa
Thursday, June 25, 2009

Masa di ibaratkan seperti emas kerana ia sangat berharga dalam kehidupan kita dan ia tidak akan dapat ditukar gantikan dengan wang. Kita akan merasakan yang masa berlalu dengan cepat dan adakalanya kita akan sering terkejar-kejarkan masa. Dalam masa 24 jam sahaja, banyak perkara yang harus kita lakukan. Oleh itu, perkara apakah yang harus kita berikan perhatian? Sebaik-baiknya, kita haruslah bijak membahagikan masa dengan melakukan perkara-perkara yang dapat membawa manfaat kepada diri kita. Ini tidaklah bermakna yang kita harus sentiasa mengadap buku 24jam tetapi kita bolehlah mengetepikan sedikit waktu untuk melakukan sesuatu yang dapat menenangkan diri dan fikiran kita. Hidup ini haruslah seimbang. Dalam kita mengejar ilmu, kita juga tidak harus lupa tentang masa riadah kita.

writtern @6/25/2009

Sakit
Wednesday, June 24, 2009

Aku masih ingat lagi waktu itu semasa aku berada dalam kesakitan yang amat sangat. Pada mulanya, aku tidak tahu apakah punca disebalik kesakitan itu. Namun, setelah aku membuka mulutku dan melihat di cermin, barulah aku sedari bahawa rupa-rupanya satu gigi ataupun dikenali sebagai wisdom tooth sedang tumbuh. Bukan satu gigi tetapi dua. Aku pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gigi tersebut satu ketika dahulu dan aku pernah berharap agar tidak akan ada lagi gigi wisdom yang akan tumbuh. Tetapi, sekarang aku harus menerima kehadiran gigi tersebut. Kehadiran wisdom tooth akan memberikan kesakitan pada seseorang apabila gigi itu tidak ada ruang untuk tumbuh. Adakalanya, gigi tersebut hanya akan dapat dilihat tumbuh dengan separuh sahaja kerana bahagian yang lagi separuh lagi berada di dalam geraham. Jika kesakitan itu berlarutan untuk jangja masa yang lama dan ia akan memudaratkan diri kita, lebih baik jika kita pergi ke dentist untuk pemeriksaan lanjut.

writtern @6/24/2009

Gembira
Tuesday, June 23, 2009

Gembira sungguh hatiku ini setiap kali mendengar suaramu dan apabila menerima pesanan ringkas darimu. Aku amat terharu apabila engkau tetap menelefonku dan mengirimkan pesanan ringkas walaupun engkau sibuk dan berasa penat. Terima kasih, Dear. :) Tetapi usahlah memaksa dirimu jika engkau banyak kerja untuk dilakukan dan apabila engkau berasa amat letih. :)

writtern @6/23/2009

Sikap manusia

Ee.....Saya berasa amat geram apabila saya mengesyaki yang Account facebook saya telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Tidakkah mereka mempunyai kerja yang lebih berfaedah untuk dilakukan? Mengapakah mereka mempunyai sikap yang tidak bertanggung-jawab? Wahai pihak yang terbabit, sedarlah akan kesilapan yang telah anda lakukan. Jadilah manusia yang lebih bertanggung jawab kerana jika anda berbuat demikian kepada orang lain, tidak mustahil satu hari nanti ia akan terkena pada batang hidung anda sendiri. Barulah awak tahu betapa tinggi atau rendahnya langit itu. Walaubagaimanapun, Saya tetap tenang menghadapinya. :)

writtern @6/23/2009

Kamu
Monday, June 22, 2009

Sudah bermacam-macam ragam lelaki yang saya kenali dalam alam maya. Ada diantara mereka merupakan mereka yang ikhlas ingin membuat kawan tetapi ada juga diantara mereka yang betul menyakitkan hati. Tidak payahlah saya menerangkan lebih lanjut tentang perkara itu dan saya menganggapnya bahawa mereka masih belum matang lagi walaupun usia mereka boleh dikatakan juga dewasa. Hanya dengan alam maya sahaja saya secara tak langsung dapat mengetahui akan keperibadian seseorang. Ini, belum lagi ketemu dengan mereka. Walaubagaimanapun, saya berasa gembira kerana dapat bertemu dengan pelbagai jenis manusia hanya dengan bergantung kepada Internet. Ini membuat saya lebih matang dalam membuat penilaian tentang seseorang dan ia juga menguji kecekalan hati saya. Dengan Internet jugalah, saya sudah ketemu dengan seorang insan yang begitu istemewa dalam hidupku. Engkau ibarat nadi kehidupanku. Tanpamu disisiku, ibaratkan aku kehilangan sesuatuynag amat berharga dan bermakna bagi diruku. Engkaulah permata yg berkilauan dalam kehidupanmu. Aku berharap agar hubungan yang telah terjalin diantara kita akan menjadi lebih baik dalam hari-hari dan seterusnya dan semoga perasaan cinta dan sayang akan antara satu sama lain akan menjadi lebih mekar lagi. Aku amat mencintaimu.. :)

writtern @6/22/2009

Gembira
Wednesday, June 17, 2009

Kadang- kala kita telah cuba sedaya upaya untuk berasa gembira. Namun, ada kalanya, pasti ada sesuatu yang akan membuat kita berasa geram. Soalannya adalah bagaimanakah kita ingin mengatasi perasaan marah kita. Adakah kita akan membiarkan sahaja perasaan itu menguasai diri kita atau kita akan memikirkan jalan keluar yang terbaik untuk mengatasi masalah ini? Kita harus bijak mengetahui tentnag cara-cara untuk menyelesaikan masalahagar ia tidak akan terus membelenggu diri kita. Kita haruslas sentiasa berasa gembira. :)

writtern @6/17/2009

Engkau sangat istemewa
Tuesday, June 16, 2009

Adakah salahku telah jatuh cinta? Memang hatiku telah benar-benar tutup rapat kepada lelaki setelah perhubungan aku dengan seseorang putus. Aku tidak menduga sama sekali bahawa pintu hatiku akan terbuka sekali lagi kepada lelaki. Engkau memang insan yang sangat istemewa buat diriku kerana engkau telah berjaya membuat dirku mencintai dirimu sepenuh hatiku dan ada kalanya mengalahkan cintaku pada diriku sendiri. Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bermaknanya kewujuanmu dalam hidupku. Perkenalan kita bermula daripada satu persahabatan dimana kita saling menyukai seorang pemain bola sepak yang sama. Dari situlah, bermulalah segala-galanya. Pedihnya hatiku ini apabila aku merinduimu. Aku benar-benar mencintaimu sepenuh hatiku.. :)

writtern @6/16/2009

Friday, June 5, 2009

Aku tidak menyangka bahawa aku akan menjumpai seseorang lelaki seperti kamu. Boleh dikatakan kamu memiliki kesemua ciri-ciri yang aku inginkan dalam seorang lelaki. Aku berasa sangat beruntung kerana aku dapat mengenalimu dengan lebih rapat lagi. Kamu berjaya membuka pintu hatiku yang telah kututup rapat sejak sekian lama dengan personaliti dirimu yang sangat istemewa buat diriku. Engkau adalah lelaki istemewa dalam hidupku. Tidak dapat aku nafikan lagi perasaan cintaku kepadamu kerana hakikatnya, aku amat mencintaimu.

writtern @6/05/2009