<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



Percayalah pada diri anda sendiri
Saturday, December 13, 2008

"Buat apa nak belajar,belajar ke tak belajar pun, gagal juga." Ada diantara kita selalu mempunyai persepi yang begitu tentang diri kita sendiri. Namun, saya sama sekali tidak setuju dengan kata-kata tersebut kerana semua ini bergantung dengan cara pembelajaran kita. Kita tidak harus membandingkan cara pembelajaran kita dengan orang lain kerana setap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Ada diantara kita yang dapat belajar dengan lebih baik apabila melihat kepada gambar atau ada diantara kita yang dapat belajar dengan lebih baik apabila kita mendengar keterangan guru. Ini bergantung kepada individutersebut. Kita harus mencari kekuatan diri kita dalam cara pembelajaran kita agar ia dapat digunakan untuk menutupi kelemahan kita dalam pelajaran.
Kadang-kala apabila kita baru saja mengorak langkah untuk memulakan lembaran baru dalam kehidupan ini, ada saja orang yang tidak berpuas hati. Mereka akan sedaya-upaya cuba mematahkan semangat kita yang berkobar-kobar kerana mereka mempunyai sifat yang dengki dan cemburi keatas kejayaan orang lain. Usah dihiraukan kata-kata yang dilemparkan orang-orang yang sedemikian dan anggaplah ia sebagai satu cabaran yang harus anda tempuhi sebelum anda mencapai kejayaan. Ingatlah bawa kejayaan tidak akan datang bergolek kepada anda. Sebaliknya, anda harus selalu berusaha mencapai kejayaan. Di antara sifat-sifat yang harus anda miliki sebelum anda beroleh kejayaan adalah and harus mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi kerana ia dapt membantu anda menepis pelbagai cabaran yang akan anda tempuhi dalam kehidupan ini

Diantara cara untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi adalah dengan menanam sifat kerpercayaan kepada diri anda sendiri dan atas kebolehan anda. Lihatlah diri anda di cermin setiap hari dan katakan kepada diri anda bawa anda amat menyayangi diri anda dan anda akan dapat melalui apa juga bentuk kesukaran dalam kehidupan ini dengan penuh ketenangan.

writtern @12/13/2008

Masa
Wednesday, December 10, 2008

Masa adalah sesuatu yang amat berharga kerana masa tidak akan kembali lagi apabila ia sudah berlalu. Namun, kita kadang-kala terlupa betapa berharganya masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Ada diantara kita yang lebih gemar duduk melapak di kolong-kolong blok sambil berborak-borak dengan teman-teman kita. Saya akur bahawa ia boleh mendatangkan manfaat kepada kita jika kita berbicara tentang sesuatu perkara yang membawa faedah. Tetapi tanyalah pada diri anda sendiri tentang isi perbualan anda dengan teman semasa anda duduk melepak di kolong blok. Adakah anda berbual tentang kehidupan mahupun pengalaman anda ataupun anda mengata tentang orang yang lalu-lalang di depan anda ataupun mengumpat tentang seseorang yang anda kenali? Saya berharap yang anda semua yang gemar membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang sia-sia supaya mula mengubah persepsi anda tentang masa agar anda akan dapat lebih menghargai masa pada masa-masa yang akan datang. Fikir-fikirkanlah apa yang telah saya katakan kerana saya tidak mahu anda menangis ataupun merungut di kemudian hari diatas apa yang anda telah lakukan. Ingatlah bahawa ia masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah kehidupan anda dan hanya anda sahaja yang akan dapat menentukan hala-tuju kehidupan anda. Saya ingin ucapkan tahniah kepada anda yang telah berjaya menggunakan masa dengan baik.


Gunakanlah masa anda dengan sebaik-baiknya. :)

writtern @12/10/2008