<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



Membaca
Sunday, April 26, 2009

Membaca merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan ianya juga dapat memberikan manfaat kepada kita. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui tentang perkembangan di serata dunia apabila membaca suratkhabar. Ini secara tak langsung membuat kita lebih peka tentang kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Oleh itu, kita tidak akan terpingga-pingga apabila kawan ataupun keluarga kita memperbualkan tentang sesuatu isu yang sering kali diterbitkan di dada akhbar. Ilmu dapat merubah hidup kita kerana ia dapat mempengaruhi fikiran, percakapan, tingkah laku, pemakaian kita dan lain-lain lagi. Kita akan kerugian jika kita tidak berlumba-lumba untuk mencari ilmu. Walaubagaimanapun, ini tidak barmakna yang kita harus sentiasa menghadap buku tanpa meluangkan masa untuk melakukan perkara lain. Sebaliknya, kia harus pandai mengimbangi masa kita antara belajar dan juga beriadah agar kita dapat menjadi seorang yang seimbang.

Senyumlah selalu kerana ia dapat meninggalkan kesan yang baik terhadap diri anda.

writtern @4/26/2009

Sekolah
Wednesday, April 22, 2009

Ada diantara kita yang gemar ke sekolah untuk menuntut ilmu. Tidak kurang juga diantara pelajar yang ingin ke sekolah untuk mengenali lebih ramai orang. Namun, apa yang membimbangkan ialah ada diantara pelajar yang tidak gemar ke sekolah kerana mereka tidak dapat melihat keindahan dan keseronokkan untuk ke sekolah. Ini boleh terjadi apabila pelajar sering dibelenggu oleh pelbagai masalah yang dapat menganggu konsentrasi seseorang pelajar itu untuk mengulang kaji pelajaran. Bayangkanlah betapa sukarnya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran apabila fikiran mereka asyik memikirkan tentang perkara yang lain. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat diatasi jika pelajar menjadi seseorang yang lebih komited terhadap pelajaran. Memang saya akur bukan mudah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran apabila anda sedang dihantui oleh masalah. Namun, anda masih mempunyai beberapa jalan keluar yang boleh anda pilih. Yang penting, anda harus mengambil langkah yang bijak.

Masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan mudah berputus asa. Teruskan mengejar impian kita.

writtern @4/22/2009

Keyakinan diri amat penting
Friday, April 3, 2009

Aku akur bahawa mempunyai keyakinan yang tinggi akan membolehkan seseorang itu menggapai apa yang ingin dicapainya. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk memiliki keyakinan yang tinggi kerana ia memerlukan usaha, pengorbanan dan juga kepercayaan diri. Kadang-kala ada di antara kita yang terlalu memikirkan tentang diri orang lain sehinggakan kita tidak menyedari bahawa ia secara tak langsung telah menjejas diri kita. Oleh itu, kita harus tahu mengariskan sempadan antara orang lain dan juga diri kita sendiri.

Belajarlah untuk menyayangi diri anda sendiri sebelum anda menyayangi diri orang lain.

Sampai bila kita harus takut dan malu kepada manusia apabila kita tahu yang kita tidak melakukan apa-apa kesalahan? Adakah kerana kita tahu yang kita mempunyai kelemahan diri? Bukan kita sahaja yang mempunyai kelemahan diri kerana smua orang juga mempunyai kelemahan diri masing-masing. Tetapi bezanya ialah mereka tahu menutupi kelemahan diri mereka dengan kekuatan diri mereka sendiri.

writtern @4/03/2009