<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



Kesihatan
Friday, May 22, 2009

Arus kehidupan yang cepat pada masa ini telah membataskan masa untuk kita memberikan tumpuan kepada kesihatan kita. Kita terlalu sibuk dengan kerja seharian kita sehinggakan kita tidak perasan bahawa kita telah mengabaikan satu aspek yang amat penting dalam diri kita. Kesihatan yang baik akan membolehkan kita menjalani hidup yang lebih bermakna. Sebagai contoh, kita akan dapat mencuba pelbagai jenis aktiviti yang kita inginkan sekiranya kita mempunyai tenaga yang banyak. Persoalannya sekarang ialah apakah cara-cara yang boleh kita lakukan agar kita menjadi lebih bertenaga? Cara yang paling berkesan ialah dengan melakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Walaupun kita akan berasa penat semasa melakukan senaman. Namun, kita akan meraih manfaat yang banyak setelah selesai melakukan senaman. Bersenam bukan sahaja memberikan kita tenaga yang banyak. Tetapi, melakukan senaman juga dapat menghilangkan tekanan di dalam jiwa kita dan pada masa ynag sama akan membuat kita berasa lebih gembira berbanding sebelum melakukan senaman.

Oleh itu, apa yang anda tunggu-tunggu lagi? Lakukan senaman bermula dari detik ini. :)

writtern @5/22/2009

Kasih sayang
Friday, May 15, 2009

Ibu bapa sering beranggapan bahawa mereka tidak perlu memberikan dan menunjukkan kasih sayang kepada anak mereka yang telah meningkat dewasa kerana mereka beranggapan bahawa anak mereka itu tidak memerlukannya lagi. Itu sama sekali adalah anggapan yang salah kerana seorang anak itu amat memerlukan kasih sayang dari ibu bapa mereka terutamanya apabila mereka sedang melalui zaman remaja. Zaman remaja merupakan diantara masa yang penting dan mencabar dalam kehidupan seseorang kerana waktu itu kita akan lebih terdedah kepada banyak pengaruh luar seperti teman-teman dan juga media masa. Hati kita akan sering kali memberontak untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Di masa inilah, kita memerlukan nasihat dan pandagan daripada ibu bapa kita yang sudah lebih makan garam dari kita sendiri. Tanpa dorongan dan tunjuk ajar mereka, diri kita mudah ditiup angin terutamanya jika kita tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.

Hargailah insan-insan yang menyayangi kita iaitu ibu bapa kita. :)

writtern @5/15/2009

Ketawa
Sunday, May 10, 2009

Ada orang yang menganggap bahawa ketawa merupakan satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan kerana ia tidak memerlukan banyak tenaga. Satu setuju benar dengan kenyataan itu kerana kita boleh ketawa pada bila-bila masa yang kita kehendaki. Ketawa dapat menolong kita untuk menghilangkan tekanan yang kita hadapi semasa belajar dan bekerja. Oleh itu, tontonlah cerita-cerita yang dapat membuat kita tidak kering gusi setiap kali kita berasa tertekan. Tekanan dapat memberikan kesan yang baik mahupun yang tidak baik kepada diri kita. Ada diantara kita yang hanya akan bekerja keras setelah kita diberikan tekanan tetapi ada juga ynag tidak tahu untuk menangani tekanan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, sebahagian remaja akan mengelar tangan mereka sehinggalah darah mengalir keluar dari tangan mereka. Mungkin ada yang tertanya-tanya tidak sakitkan untuk melakuan demikian. Hakikatkan, kesakitan akan tetap dirasa. Namun, mereka merasakn kepuasan setiap kali mereka melakukannya kerana mereka berpendapat bahawa ianya dapat menolong menangani tekanan perasaan yang sedang mereka hadapi. Ini menyebabkan mereka mempunyai tanda-tanda kelahan ditangan mereka. Saya berharap agar mereka ynag pernah berbuat demikan memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Carilah bantuan dari saluran yang betul supaya masalah yang mereka hadapi dapat diatasi dapt mencederakan diri mereka sendiri. Sayangilah diri anda sendiri sebelum anda ingin menyayangi diri orang lain. Ketawa merukan salah satu cara untuk melegakan fikiran ynag bercelaru. Senyumlah selalu. :)

writtern @5/10/2009

renungkanlah
Wednesday, May 6, 2009

Perasaan cinta itu lahir dari hati. Kadang-kala kita keliru dalam membezakan antara cinta dan juga sayang. Jika kita sayang kepada seseorang itu, ini tidak bermakna yang kita juga mencintainya. Perasaan cinta sering membuatkan kita leka kerana kita akan merasakan seolah-olah kita sedang berada diatas kayangan. Kita asyik memikirkan orang yang istemewa itu kemana sahaja kita berada.

Namun, apakah ciri-ciri yang harus kita cari dalam diri orang istemewa itu? Adakah hanya melihat kepada paras rupanya yang menawan? Manusia memang gemarkan sesuatu yang cantik.Namun, adakah kecantikkan itu akan berkekalan apabila dia sudah pun lanjut usia? Dia tidak akan nampak sama sewaktu muda dan juga setelah tua. Memanglah tidak salah untuk kita memilih pasangan yang cantik. Tetapi, jangan pula kita yang cemburu apabila orang lain asyik memerhatikannya setiap kali anda keluar bersama. Memanglah cemburu tandanya sayang tetapi anda juga harus tahu batas-batasannya. Janganlah kita cemburu tidak bertempat dan saling menuding jari ke arah sedia yang telah dapat menarik perhatian orang.

Saya berpendapat bahawa ciri terpenting yang harus dilihat pada pasangan ialah dia haruslah memiliki ilmu agama ynag mendalam. Mungkin bukan semua orang yang akan bersetuju dengan pendapat saya. Namun, renung-renungkanlah apa yang telah saya katakan. Kita tidak akan kekal di muka bumi ini dan kita juga tidak akan tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini. Oleh itu, ia adalah baik jika kita dapat mencari pasangan yang dapat membimbing kita ke arah ynag benar. Sampai bila kita asyik nak bersuka-ria? Adakah kita mendapatkan ketenangan yang kita inginkan selama ini?

writtern @5/06/2009