<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



Ilmu
Tuesday, October 28, 2008

Kita harus sentiasa menuntut ilmu walaupun kita telah dimamah usia. Ilmu dapat membezakan antara orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu. Kadang-kala ada diantara kita berasa malu untuk bertanya apabila kita tidak pasti tentang sesuatu perkara. Ini mungkin disebabkan kita tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah. Walaubagaimanapun, kita harus akur bahawa banyak manfaat yang boleh diraih bila kita bertanya kepada orang yang tahu. Seperti kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan. Adakah kita sanggup mempetaruhkan ilmu hanya kerana kita berasa malu? Tepuk dada, tanyalah selera. Dalam dunia yang serba canggih ini,kita tidak mampu untuk ditinggalkan hanya kerana kita berasa malu. Nasihat saya,hendak malu,biarlah bertempat atau ia akan memakan diri kita sendiri. Salah satu cara untuk meyakinkan diri kita ialah dengan mengatakan bahawa kita boleh melakukannya.

Oleh itu, percayalah pada diri anda. Anda boleh. :)

writtern @10/28/2008

Senyumlah......
Thursday, October 23, 2008

Ibu bapa sering kali bertungkus-lumus bekerja mencari wang agar dapat menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Memang tidak dinafikan bahawa pengorbanan ibu bapa sangat besar sekali terutamanya dalam segi membesarkan anak-anak mereka. Ada diantara ibu bapa yang sanggup bersengkang mata siang dan malam demi mencari wang tambahan untuk dibawa pulang walaupun mereka berasa letih. Kadang-kala aku simpati dengan mereka kerana ada diantara mereka yang harus bekerja keras walaupun usianya sudah meningkat. Sebagai seorang anak, kita harus sentiasa mengenang jasa ibu bapa dan sedaya upaya cuba untuk meringankan beban yang mereka pikul. Kita harus berusaha untuk melakukan sesuatu yang dapat mengembirakan dan menghiburkan hati mereka. Dengan hanya menguntum senyuman, anda akan terpegun bagaimana ia dapat memberi sinar dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, senyumlah :)

writtern @10/23/2008

Kejayaan
Wednesday, October 22, 2008

Apakah erti kejayaan pada anda? selalunya orang mengaitkan kejayaan dengan melihat pada kehidupan seseorang terutamanya dari segi pekerjaan dan tahap intelektual. Namun, saya berpendapat bahawa makna kejayaan dalam kehidupan ini adalah lebih luas daripada itu. Ia bukan hanya kena-mengena dengan intelektual seseorang tetapi juga dari segi emosi dan sosial. Semua orang boleh berjaya dalam kehidupan. Kita tidak harus berputus asa malah harus sentiasa yakin akan keupayaan diri kita sendiri dan jangan membiarkan sejarah pahit berulang sekali lagi.

You can do it :)

writtern @10/22/2008