<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



Aku boleh
Friday, January 23, 2009

Laluanku di Polytechnic penuh dengan liku-liku. Aku tidak pernah menduga bahawa aku akan melalui cabaran yang sedemikian semasa aku masih lagi menuntut. Aku juga tidak menafikan bahawa cabaran yang telah aku lalui secara tak langsung telah menjejas kehidupan aku. Walaubagaianapun, aku berharap agar semuanya akan kembali pulih seperti biasa kerana aku tidak mahu hidupku dihantui dengan kesuraman. Sebaliknya,aku mahu hidupku dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriaan. Oleh itu, aku akan melakukan sedaya yang aku mampu untuk membuang segala peristiwa pahitku sejauh mungkin. Semoga apa yang telah aku lalui akan menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi pelbagai masalah dalam kehidupan ini.

Aku boleh...

Aku boleh melaluinya..........

Aku harus fokus............

Aku tidak harus endah dengan apa yang orang katakan kalau aku tahu apa yang aku lakukan adalah betul.......

Aku akan mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang guru bahasa melayu.
Aku ingin mendidik anak-anak muda untuk maju dalam pelbagai bidang dan dalam masa yang sama aku ingin memastikan bahawa bahasa melayu akan terus diterapkan dalam aktiviti seharian mereka.

writtern @1/23/2009

Sekolah
Tuesday, January 13, 2009

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita akan berasa penat setiap kali pulang dari sekolah terutamanya apabila sekolah kita terletak jauh daripada rumah. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang akan tahu betapa letihnya.(Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya). Walaubagaimanapun,kita akan dapat mengatasi cabaran ini dengan berbekalkan tekad kita kuat untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, dalam perkara ini, ia adalah penting untuk kita melihat pada sudut yang positif dan elakkan dari melihat pada sudut yang negatif. Kita semua boleh berjaya. :)

writtern @1/13/2009

Minda positif.
Friday, January 2, 2009

Minda kita haruslah sentiasa positif dan satu cara untuk memiliki minda yang positif ialah dengan selalu berfikiran secara positif. :)

writtern @1/02/2009

Tahun baru

Tahun 2008 baru sahaja berlalu. Ia merupakan tahun dimana ia telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis dalam diriku ini. Aku ingin melemparkan segala kenangan pahit yang telah aku lalui sejauh mungkin agar ia tidak akan lagi menghantui diriku ini. Aku ingin abadikan segala kenangan manis dalam sanubariku supaya aku akan selalu memperingati peristiwa yang telah membuat aku tersenyum dan ketawa riang.

writtern @1/02/2009