<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



manusia
Tuesday, March 24, 2009

Pernahkah kita bertanya kepada diri kita ini apa yang akan kita lakukan apabila kita mencapai kejayaan? Sudah tentunya, ada diantara kita yang akan bersorak gembira bersama keluarga dan teman-teman sambil meraikan kejayaan tersebut. Namun, kejayaan ini tidak akan terjadi tanpa kebenarannya. Ada diantara kita yang akan berasa sedih dan menangis teresak-esak apabila apa yang kita hajati dan harapkan selama ini tidak tercapai. Kita tidak sedari bahawa ada hikmah yang tersembnyi disebalik kegagalan. Oleh itu, elakkanlah daripada terus berduka di atas apa yang terjadi kerana ia boleh menggangu kesihatan dan kehidupan kita. Sebaliknya, berfikirlah secara positif dan bangkitlah dari kegagalan unuk mencapai kejayaan.

Ada diantara kita yan gemar membandingkan diri kita dengan orang lain terutamanya dari segi fisikal dan juga metal. Memang tidak saya nafikan bahawa membuat pembandingan dengan orang yang lebih baik daripada kita dapat memberikan kita semangat untuk memperbaiki diri kita. Malangnya, ada diantara orang yang terlalu obsess dan cemburu dengan apa yang dimiliki oleh orang lain sehinggakan dia sanggup untuk melakukan perkara-perkara seperti menggunakan sihir dan berjumpa dengan bomoh. Ada yang menggunakan sihir untuk mengenakan orang yang tidak mereka suka supaya orang itu akan menderita dan untuk menjadikan hidup orang yang tidak disukai itu terumbng-ambing. Janganlah kita sampai sanggup melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu.

Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Kita juga mempunyai keistemewaan tersendiri yang membezakan kita dengan orang lain.Oleh itu,carilah kekuatan kita dan gunakanlah apa yang telah dianugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya dan jangan sekali ia disalah gunakan.

writtern @3/24/2009

Bersabar
Monday, March 16, 2009

Aku tidak tahu mengapakah airmataku mengalir tadi. Puas sudah aku menyuruh diriku agar menahan airmataku tetapi nampaknya airmataku tetap ingin mengalir keluar dari mataku.Adakah kerana aku memang tidak boleh tahan lagi dengan sikap instuktur itu ataupun kerana aku tidak sahur pagi tadi? Aku berasa pelik kerana selalunya aku dapat bertahan dengan sikap instruktur itu tetapi aku tidak tahu mengapa aku begitu emosi pagi tadi.
Ee............ geram sungguh aku dengan dia. Aku pun tidak tahu mengapa aku asyik mendapat dia sebagai instrukturku. Memang tidak dinafikan yang dia ada berusaha unuk mengajarku. Tetapi aku dapat merasakan bahawa dia memang tidak mempunyai minat untuk mengajar. Kata-kata pedas yang dilemparkan terhadapku adakalanya menusuk ke dalam hatiku. Aku akan membuktikan kepada dia bahawa aku akan lulus ujian practikalku. Aku ingin lihat apakah reaksi dia apabila mengetahuinya.

Walaubagaimanapun, aku tahu yang ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi. Ada beberapa perkara yang telah aku pelajari dari insiden tadi. Pertama, aku harus sentiasa konsentrasi semasa memandu dalam keadaan apa sekalipun agar aku dapat melakukan yang terbaik. Aku telah berjanji kepada diriku sendiri bahawa aku tidak akan membuat keadaan sekelilingu menjejas konsentrasiku semasa memandu.Aku boleh melakukannya jika aku mahu. Aku boleh. Percayalah kepada diriku sendiri. Kedua, kesusahan, kesengsaraan dan cabaran yang aku hadapi akan membuat diriku lebih matang jika aku menghadapinya pada masa yang akan datang.

Aku tidak akan berdiam diri dan menyerah kalah. Sebaliknya, aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memperbaiki kemahiran memanduku agar aku dapat mencapai impianku.

Aku sama sekali tidak akan membuat pengalaman pahit memandu dengan dia menjadi satu hambatan bagi diriku untuk aku berjaya.

TIDAK SAMA SEKALI.

Terima kasih buat kawanku tercinta yang telah sudi mendengar luahan hatiku tadi :)

writtern @3/16/2009

I can do it
Friday, March 13, 2009

Aku ingin membuktikan kepada orang yang telah memandang rendah dengan kemampuanku bahawa aku juga boleh melakukannya. Aku dapat menerima pendapat dan nasihat mereka tetapi telinga aku amat berdesing sekali apabila mendengar kritikan mereka. Ada diantara mereka yang hanya gemar mengkritik tetapi mereka tidak tahu bahwa kesilapan yang aku lakukan adalah berpunca daripada tunjuk ajar mereka. Tiada niat untuk aku menuding jari ke arah mereka tetapi aku dapat merasakan perbezaan apabila aku diajar oleh orang yang memang mempunyai minat untuk mengajar dan dengan mereka yang melakukan kerja hanya kerana inginkan gaji semata-mata. Ini adalah kerana mereka tidak kisah tentang cara mereka mengajar. Mereka juga sering mengambil sikap sambil lewa dengan tidak membetulkanku apabila aku melakukan kesilapan.Sebaliknya, aku tabik kepada mereka yang telah cuba sedaya upaya untuk mengajar dengan cara yang baik dan sering mengingatkanku apabila aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutunya aku lakukan. Mereka sering menunjuk ajarku dan memperbetulkan kelemahanku dengan cara yang baik dan tidak menyakitkan hati.
Secara keseluruhannya, aku berasa gembira sekali kerana aku telah berpeluang untuk mempelajari banyak perkara temasuk aspek personaliti dan keselamatan.

Perbezaannya sungguh ketara sekali.

Jadilah mereka yang memang mempunyai minat dengan apa yang mereka lakukan. Janganlah diri ini hanya dikaburi oleh wang. Banyak perkara di dalam dunia ini memerlukan wang tetapi ingatlah bahawa wang bukanlah segalanya. :)

writtern @3/13/2009

Terima kasih
Saturday, March 7, 2009

Aku gemar sekali untuk memandu kerana ia memberikan aku cabaran. Aku berpendapat bahawa cabaran itu penting dalam kehidupan ini agar kehidupan kita tidak akan menjadi bosan. Sebaliknya,kehidupan kita akan menjadi lebih menarik. Mamandu memerlukan konsentrasi dan fikiran kita harus sentiasa tenang agar kita dapat membuat keputusan dengan cepat. Aku akur betapa pentingnya seorang instruktur yang tahu teknik mengajar yang betul kerana aku telah melaluinya sendiri. Aku amat menghargai instruktur yang mengajar dengan betul. Instruktur itu akan mengajar aku teknik-teknik memandu,memperbaiki cara memanduku dan juga menyelitkan unsur-unsur "humour" semasa belajar. Ini membuatkan aku berasa selesa semasa memandu. Dia juga tidak akan melemahkan semangatku dengan mengeluarkan kritikan yang amat pedas sekali. Sebaliknya, dia akan memberikan kata-kata perangsang kepadaku. Ini membuat aku lebih bersemangat untuk memperbaiki cara memanduku dan secara tidak langsung, ia juga membuat fikiran aku berasa tenang.

Terima kasih.

writtern @3/07/2009

Seronok

Aku dan kawan-kawanku mengambil peluang untuk keluar beramai-ramai memandangkan kita sedang bercuti. Bukan mudah untuk menemui semua kawan-kawanku yang tercinta kerana kita sering sibuk dengan tugasan masing-masing. Walaubagaimanapun, kita sering cuba sedaya- upaya untuk bertemu satu- sama lain walaupun untuk waktu yang agak singkat. Aku berasa seronok apabila aku dapat bermain "Bowling" dan mengayuh basikal bersama mereka. Sudah agak lama aku tidak bermain "Bowling" bersama kawan-kawanku. Mereka sering membuat aku tidak kering gusi sepanjang permainan. Ada sahaja yang akan membuat aku ketawa dan tersenyum. Mengayuh basikal merupakan satu lagi aktiviti yang dapat mengeratkan lagi persahabatan kita kerana kita sempat berbual dan menyakat satu sama lain.

Aku berharap agar kita akan sering dapat bertemu agar kita akan dapat tahu dengan lebih lanjut lagi tentang perkembangan satu sama lain dan secara tak langsung mengeratkan lagi persahabatan kita.

writtern @3/07/2009

Budi bahasa
Thursday, March 5, 2009

Aku gemar memerhatikan keadaan sekelilingku kerana aku ingin melihat pelbagi ragam manusia di dunia ini. Kadang-kala, aku terfikir mengapakah seseorang itu berkelakuan sebegitu. Adakah kerana mereka dahagakan perhatian daripada orang ramai atau mungkinkah mereka sedang dibelenggu oleh sesuatu masalah?

Aku telah menjumpai ramai orang yang bersopan-santun dan berbudi bahasa termasuklah jurujual. Ada yang akan mengukirkan senyuman apabila aku melangkah masuk ke dalam kedai mereka dan tidak kurang pula mereka yang mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Alangkah indahnya jika semua jurujual mempunyai sikap yang sedemikian. Aku adalah seseorang yang amat mementingkan soal layanan apabila aku mengunjungi sebuah kedai kerana layanan yang baik akan membuat aku berasa gembira dan selesa untuk membelek-belek benda yang terdapat di kedai tersebut.

Mulakanlah sikap berbudi bahasa kerana ia dapat merubah kehidupan anda dan orang-orang disekeliling anda. :)

writtern @3/05/2009

Cubalah
Tuesday, March 3, 2009

Kita selalu sering menuding jari ke arah orang lain apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebaliknya, kita akan berasa bangga dengan diri kita sendiri apabila kita telah dapat melakukan sesuatu yang bukan sahaja menggembirakan diri kita sendiri. Bahkan, orang disekeliling kita.

Saya telah mengubah persepsi saya tentang orang lain. Ini adalah dengan tidak menyalahkan orang lain apabila apa yang saya harapkan tidak berlaku.

Sampai bila kita ingin melihat kesilapan orang lain tetapi kita tidak pernah ingin memperbaiki diri kita sendiri ?

"Ubahlah diri anda jika anda ingin orang lain mengubah diri mereka."

Saya akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa memperbaiki diri saya :)

Anda, bagaimana? :)

writtern @3/03/2009

keinginan
Monday, March 2, 2009

Apa yang kita inginkan dalam kehidupan? Dan apa pula yang aku ingini dalam kehidupan?

Sedang kita sibuk melakukan kerja-kerja seharian, pernahkah kita tertanya apa yang ingin kita kecapi dalam kehidupan ini?

Ketenangan?

Kemewahan?

kebahagianan?

atau kesemuanya sekali?

writtern @3/02/2009

Kali pertama

Aku berasa sedikit gementar apabila aku disuruh memandu buat pertama kalinya dalam hidupku. Ini kerana seumur hidupku, aku tidak pernah memandu kereta termasuklah kereta yang boleh dinaiki di pasar malam. Walaubagaimanapun, aku telah dapat mengatasi perasaan gementarku setelah aku dibimbing oleh instruktur-instruktur yang bertauliah dalam sesi latihan. Mereka banyak mengajarku tentang selok-belok memandu. Aku berharap agar aku akan dapat menguasai teknik-teknik memandu yang betul sebelum aku menduduki ujian praktikalku. Aku akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam setiap sesi latihan dan aku sama sekali tidak akan berputus- asa apabila aku tidak berjaya untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, aku akan katakan kepada diriku bahawa aku boleh melakukannya. "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya."

Aku harus sentiasa fokus tentang apa yang aku ingin kecapi dan aku tidak akan membiarkan keadaan sekeliling menghambat dikriku daripada mencapai apa yang aku idamkan selama ini.

writtern @3/02/2009