Sikap manusia
Tuesday, June 23, 2009
Ee.....Saya berasa amat geram apabila saya mengesyaki yang Account facebook saya telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Tidakkah mereka mempunyai kerja yang lebih berfaedah untuk dilakukan? Mengapakah mereka mempunyai sikap yang tidak bertanggung-jawab? Wahai pihak yang terbabit, sedarlah akan kesilapan yang telah anda lakukan. Jadilah manusia yang lebih bertanggung jawab kerana jika anda berbuat demikian kepada orang lain, tidak mustahil satu hari nanti ia akan terkena pada batang hidung anda sendiri. Barulah awak tahu betapa tinggi atau rendahnya langit itu. Walaubagaimanapun, Saya tetap tenang menghadapinya. :)