Kamu
Monday, June 22, 2009
Sudah bermacam-macam ragam lelaki yang saya kenali dalam alam maya. Ada diantara mereka merupakan mereka yang ikhlas ingin membuat kawan tetapi ada juga diantara mereka yang betul menyakitkan hati. Tidak payahlah saya menerangkan lebih lanjut tentang perkara itu dan saya menganggapnya bahawa mereka masih belum matang lagi walaupun usia mereka boleh dikatakan juga dewasa. Hanya dengan alam maya sahaja saya secara tak langsung dapat mengetahui akan keperibadian seseorang. Ini, belum lagi ketemu dengan mereka. Walaubagaimanapun, saya berasa gembira kerana dapat bertemu dengan pelbagai jenis manusia hanya dengan bergantung kepada Internet. Ini membuat saya lebih matang dalam membuat penilaian tentang seseorang dan ia juga menguji kecekalan hati saya. Dengan Internet jugalah, saya sudah ketemu dengan seorang insan yang begitu istemewa dalam hidupku. Engkau ibarat nadi kehidupanku. Tanpamu disisiku, ibaratkan aku kehilangan sesuatuynag amat berharga dan bermakna bagi diruku. Engkaulah permata yg berkilauan dalam kehidupanmu. Aku berharap agar hubungan yang telah terjalin diantara kita akan menjadi lebih baik dalam hari-hari dan seterusnya dan semoga perasaan cinta dan sayang akan antara satu sama lain akan menjadi lebih mekar lagi. Aku amat mencintaimu.. :)