Friday, June 5, 2009
Aku tidak menyangka bahawa aku akan menjumpai seseorang lelaki seperti kamu. Boleh dikatakan kamu memiliki kesemua ciri-ciri yang aku inginkan dalam seorang lelaki. Aku berasa sangat beruntung kerana aku dapat mengenalimu dengan lebih rapat lagi. Kamu berjaya membuka pintu hatiku yang telah kututup rapat sejak sekian lama dengan personaliti dirimu yang sangat istemewa buat diriku. Engkau adalah lelaki istemewa dalam hidupku. Tidak dapat aku nafikan lagi perasaan cintaku kepadamu kerana hakikatnya, aku amat mencintaimu.