Ketawa
Sunday, May 10, 2009
Ada orang yang menganggap bahawa ketawa merupakan satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan kerana ia tidak memerlukan banyak tenaga. Satu setuju benar dengan kenyataan itu kerana kita boleh ketawa pada bila-bila masa yang kita kehendaki. Ketawa dapat menolong kita untuk menghilangkan tekanan yang kita hadapi semasa belajar dan bekerja. Oleh itu, tontonlah cerita-cerita yang dapat membuat kita tidak kering gusi setiap kali kita berasa tertekan. Tekanan dapat memberikan kesan yang baik mahupun yang tidak baik kepada diri kita. Ada diantara kita yang hanya akan bekerja keras setelah kita diberikan tekanan tetapi ada juga ynag tidak tahu untuk menangani tekanan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, sebahagian remaja akan mengelar tangan mereka sehinggalah darah mengalir keluar dari tangan mereka. Mungkin ada yang tertanya-tanya tidak sakitkan untuk melakuan demikian. Hakikatkan, kesakitan akan tetap dirasa. Namun, mereka merasakn kepuasan setiap kali mereka melakukannya kerana mereka berpendapat bahawa ianya dapat menolong menangani tekanan perasaan yang sedang mereka hadapi. Ini menyebabkan mereka mempunyai tanda-tanda kelahan ditangan mereka. Saya berharap agar mereka ynag pernah berbuat demikan memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Carilah bantuan dari saluran yang betul supaya masalah yang mereka hadapi dapat diatasi dapt mencederakan diri mereka sendiri. Sayangilah diri anda sendiri sebelum anda ingin menyayangi diri orang lain. Ketawa merukan salah satu cara untuk melegakan fikiran ynag bercelaru. Senyumlah selalu. :)