Seronok
Saturday, March 7, 2009
Aku dan kawan-kawanku mengambil peluang untuk keluar beramai-ramai memandangkan kita sedang bercuti. Bukan mudah untuk menemui semua kawan-kawanku yang tercinta kerana kita sering sibuk dengan tugasan masing-masing. Walaubagaimanapun, kita sering cuba sedaya- upaya untuk bertemu satu- sama lain walaupun untuk waktu yang agak singkat. Aku berasa seronok apabila aku dapat bermain "Bowling" dan mengayuh basikal bersama mereka. Sudah agak lama aku tidak bermain "Bowling" bersama kawan-kawanku. Mereka sering membuat aku tidak kering gusi sepanjang permainan. Ada sahaja yang akan membuat aku ketawa dan tersenyum. Mengayuh basikal merupakan satu lagi aktiviti yang dapat mengeratkan lagi persahabatan kita kerana kita sempat berbual dan menyakat satu sama lain.
Aku berharap agar kita akan sering dapat bertemu agar kita akan dapat tahu dengan lebih lanjut lagi tentang perkembangan satu sama lain dan secara tak langsung mengeratkan lagi persahabatan kita.