I can do it
Friday, March 13, 2009
Aku ingin membuktikan kepada orang yang telah memandang rendah dengan kemampuanku bahawa aku juga boleh melakukannya. Aku dapat menerima pendapat dan nasihat mereka tetapi telinga aku amat berdesing sekali apabila mendengar kritikan mereka. Ada diantara mereka yang hanya gemar mengkritik tetapi mereka tidak tahu bahwa kesilapan yang aku lakukan adalah berpunca daripada tunjuk ajar mereka. Tiada niat untuk aku menuding jari ke arah mereka tetapi aku dapat merasakan perbezaan apabila aku diajar oleh orang yang memang mempunyai minat untuk mengajar dan dengan mereka yang melakukan kerja hanya kerana inginkan gaji semata-mata. Ini adalah kerana mereka tidak kisah tentang cara mereka mengajar. Mereka juga sering mengambil sikap sambil lewa dengan tidak membetulkanku apabila aku melakukan kesilapan.Sebaliknya, aku tabik kepada mereka yang telah cuba sedaya upaya untuk mengajar dengan cara yang baik dan sering mengingatkanku apabila aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutunya aku lakukan. Mereka sering menunjuk ajarku dan memperbetulkan kelemahanku dengan cara yang baik dan tidak menyakitkan hati.
Secara keseluruhannya, aku berasa gembira sekali kerana aku telah berpeluang untuk mempelajari banyak perkara temasuk aspek personaliti dan keselamatan.
Perbezaannya sungguh ketara sekali.
Jadilah mereka yang memang mempunyai minat dengan apa yang mereka lakukan. Janganlah diri ini hanya dikaburi oleh wang. Banyak perkara di dalam dunia ini memerlukan wang tetapi ingatlah bahawa wang bukanlah segalanya. :)