Masa
Wednesday, December 10, 2008
Masa adalah sesuatu yang amat berharga kerana masa tidak akan kembali lagi apabila ia sudah berlalu. Namun, kita kadang-kala terlupa betapa berharganya masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Ada diantara kita yang lebih gemar duduk melapak di kolong-kolong blok sambil berborak-borak dengan teman-teman kita. Saya akur bahawa ia boleh mendatangkan manfaat kepada kita jika kita berbicara tentang sesuatu perkara yang membawa faedah. Tetapi tanyalah pada diri anda sendiri tentang isi perbualan anda dengan teman semasa anda duduk melepak di kolong blok. Adakah anda berbual tentang kehidupan mahupun pengalaman anda ataupun anda mengata tentang orang yang lalu-lalang di depan anda ataupun mengumpat tentang seseorang yang anda kenali? Saya berharap yang anda semua yang gemar membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang sia-sia supaya mula mengubah persepsi anda tentang masa agar anda akan dapat lebih menghargai masa pada masa-masa yang akan datang. Fikir-fikirkanlah apa yang telah saya katakan kerana saya tidak mahu anda menangis ataupun merungut di kemudian hari diatas apa yang anda telah lakukan. Ingatlah bahawa ia masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah kehidupan anda dan hanya anda sahaja yang akan dapat menentukan hala-tuju kehidupan anda. Saya ingin ucapkan tahniah kepada anda yang telah berjaya menggunakan masa dengan baik.
Gunakanlah masa anda dengan sebaik-baiknya. :)