Senyumlah......
Thursday, October 23, 2008
Ibu bapa sering kali bertungkus-lumus bekerja mencari wang agar dapat menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Memang tidak dinafikan bahawa pengorbanan ibu bapa sangat besar sekali terutamanya dalam segi membesarkan anak-anak mereka. Ada diantara ibu bapa yang sanggup bersengkang mata siang dan malam demi mencari wang tambahan untuk dibawa pulang walaupun mereka berasa letih. Kadang-kala aku simpati dengan mereka kerana ada diantara mereka yang harus bekerja keras walaupun usianya sudah meningkat. Sebagai seorang anak, kita harus sentiasa mengenang jasa ibu bapa dan sedaya upaya cuba untuk meringankan beban yang mereka pikul. Kita harus berusaha untuk melakukan sesuatu yang dapat mengembirakan dan menghiburkan hati mereka. Dengan hanya menguntum senyuman, anda akan terpegun bagaimana ia dapat memberi sinar dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu, senyumlah :)