Kejayaan
Wednesday, October 22, 2008
Apakah erti kejayaan pada anda? selalunya orang mengaitkan kejayaan dengan melihat pada kehidupan seseorang terutamanya dari segi pekerjaan dan tahap intelektual. Namun, saya berpendapat bahawa makna kejayaan dalam kehidupan ini adalah lebih luas daripada itu. Ia bukan hanya kena-mengena dengan intelektual seseorang tetapi juga dari segi emosi dan sosial. Semua orang boleh berjaya dalam kehidupan. Kita tidak harus berputus asa malah harus sentiasa yakin akan keupayaan diri kita sendiri dan jangan membiarkan sejarah pahit berulang sekali lagi.
You can do it :)