Perjalanan hidup
Monday, September 29, 2008
Kehidupan ini penuh dangan dugaan dan cabaran. Kita harus sentiasa memperlengkapkan diri kita dengan pelbagai pengetahuan and pengalaman agar kita tidak tersungkur semasa dalam perjalanan mengejar cita-cita kita.
Aku mempunyai banyak impian yang ingin aku capai dalam kehidupan ini. Oleh itu, aku berazam untuk terus berusaha mencapainya dan aku tidak akan membiarkan perkara seperti kekasih menyekat impianku. Nasihatku adalah, Janganlah terlalu berduka apabila sesuatu perhubungan itu harus diputuskan kerana mungkin ada hikmah yang tersirat disebalik perpisahan itu. Tidak salah untuk kita menitiskan air mata kerana ia mungkin dapat menghilangkan rasa kecewa dan marah kita terhadap individu itu.Walau bagaimana pun, janganlah sampai terlalu terbawa-bawa rasa kecewa dan marah kita kerana ia akan membakar diri kita sendiri. Sebaliknya, bangkitlah dari peristiwa perpisahan itu kerana dalam kehidupan ini ada banyak lagi ilmu dan pengalaman yang boleh ditimba untuk menjadikan diri kita lebih berjaya dalam kehidupan.
Yang penting, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan ini. Kita semua boleh berjaya.
Terimakasih untuk kawan-kawanku semua kerana sudi berkongsi pengalaman anda semua dan thanks to Aisyah kerana mendengar luahan hatiku dan buatku ceria. Smile Alwayz :)