<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7875875712122016549\x26blogName\x3dWork+on+your+strength\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://golden30meaningful.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://golden30meaningful.blogspot.com/\x26vt\x3d-576074280071411698', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
We can do it :)
WELCOME


:D



fikir-fikirkanlah
Wednesday, October 7, 2009

Kos kehidupan di Singapura semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu apakah cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa kita akan dapat hidup dengan sederhana di Singapura? Saya berpendapat bahawa kita harus sentiasa memikirkan masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan kerana kita tidak tahu bahawa keputusan yang kita buat akan secara tak langsung menjejas kehidupan kita. Ada diantara kita yang terlalu ghairah apabila mendapat rumah yang ingin dibeli. Oleh itu, mereka terus membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mengubah elok rumah yang akan mereka diami tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Semua orang inginkan rumah yang cantik. Namun, kita harus tahu kemampuan diri kita sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengubah elok rumah. Ada yang dapat mengubah elok rumah mereka sehinggalah rumah mereka nampak begitu menarik tanpa menggunakan wang yang banyak. Kita harus sentiasa ingat bahawa tidak semua benda yang mahal itu bagus dan tidak semua benda yang murah itu tidak bagus.Fikir-fikirkan lah. :)

writtern @10/07/2009

Hari raya
Sunday, September 27, 2009

Hari raya merupakan masa dimana kita akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain. Malangnya, ada diantara kita yang tidak menggunakan kesempatan ini hanya kerana diri mereka sudah ditawan oleh keegoan mereka sendiri. Baik yang muda mahupun yang tua tidak mahu mengalah dan mereka sering mencari kesilapan diri orang lain tetapi bukan kesalahan diri mereka sendiri.Apa salahnya jika mereka ketepikan keegoaan mereka? Memohon maaf daripada orang lain tidak bermakna bahawa kita berada di pihak yang salah.Apa salahnya jika yang tua menunjukkan tauladan kepada yang muda supaya yang muda satu hari nanti akan menyedari kesilapan yang telah dia lakukan. Ingatlah bahawa sikap yang ditunjukkan oleh kita akan mencerminkan akhlak diri kita. Tidak semestinya seseorang itu menampakkan dirinya sebagai seorang ynag baik merupakan orang yang baik dan tidak semestinya orang yang menampakkan dirinya sebagai orang ynag jahat adalah orang yang jahat. fikir-fikirkanlah. :)

writtern @9/27/2009

Sakit hati
Wednesday, September 16, 2009

Sakit sungguh hatiku tadi. Kalau bukan dia yang memulakannya, semua perkara itu tidak akan terjadi. Disebabkan dia yang memulakannya dahulu,haruslah dia hadapi akibatnya. Bila dia yang kena, tahu pula dia merengek dan rasa sakit. Tetapi dia tidak pernah tahu akan kesakitan yang aku alami ataupun boleh dipanggil sebagai tak ingin ambil tahu. Walaupun dia telah mengguris hatiku , aku amat menyayanginya

writtern @9/16/2009

Dimanakah keadilan

Kadang-kala, aku tertanya-tanya mengapa orang tidak selidiki sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menuduh siapakah yang bersalah. Adakah menyelidiki sesuatu perkara itu ibarat satu beban kepada mereka? Tidakkah mereka tahu bahawa tuduhan mereka itu akan mengguriskan hati mereka yang tiak bersalah. Satu lagi perkara yang membuat aku berasa tidak puas hati adalah mengapa kita harus selalu "give in" ataupun mengaku kesalahan diri kita walaupun kita tidak melakukankan kesalahan tersebut. Ini dilakukan kerana kata orang-orang tua, yang tua haruslah mengalah kepada yang muda. Memang aku tidak menafikan yang kata-kata tersebut boleh digunakan pada masa ini tetapi haruslah kena pada tempatnya. Berdesing telinga aku mendengarnya apabila ada pihak yang menyalah gunakan kata-kata tersebut hanya kerana mereka tidak mahu yang kecil itu membuat ragam ataupun merajuk.Inikah dinamakan keadilan?yang tua harus sentiasa mengalah kepada yang muda?

writtern @9/16/2009

sedari
Monday, September 14, 2009

Kadang-kala dalam kehidupan ini kita harus membuat keputusan yang sukar. Dalam masa kita membuat keputusan ada kalanya kita tidak perasan bahawa kita telah mengguris hati seseorang yang kita sayangi. Oleh itu untuk menggelakkan daripada melukakan hati sesiapa, kita harus terlebih dahulu menilai dan membandingkan dua situasi agar kita tidak membuat keputusan yang salah. Jika kita merasakan bahawa kita telah melakukan sesuatu yang dapat mengguris hati orang lain,mohon maaflah daripada mereka. Namun, teserah kepada mereka untuk memaafkan kita ataupun tidak. Yang penting, kita sedar kesilapan kita dan kita telah memohon maaf. Semua manusia tidak lari daripada membuat kesilapan.

writtern @9/14/2009

Cuti sekolah
Saturday, August 15, 2009

Aku berasa gembira kerana cuti semesterku sudah pun bermula dan ini bermakna yang aku mempunyai lebih banyak masa untuk berehat dan melakukan perkara-perkara yang aku gemari.Ini termasuklah mengarang cerpen, membaca buku,melungusri internet dan meluangkan lebih banyak waktu untuk orang-orang yang tersayang.

writtern @8/15/2009

Masa
Thursday, June 25, 2009

Masa di ibaratkan seperti emas kerana ia sangat berharga dalam kehidupan kita dan ia tidak akan dapat ditukar gantikan dengan wang. Kita akan merasakan yang masa berlalu dengan cepat dan adakalanya kita akan sering terkejar-kejarkan masa. Dalam masa 24 jam sahaja, banyak perkara yang harus kita lakukan. Oleh itu, perkara apakah yang harus kita berikan perhatian? Sebaik-baiknya, kita haruslah bijak membahagikan masa dengan melakukan perkara-perkara yang dapat membawa manfaat kepada diri kita. Ini tidaklah bermakna yang kita harus sentiasa mengadap buku 24jam tetapi kita bolehlah mengetepikan sedikit waktu untuk melakukan sesuatu yang dapat menenangkan diri dan fikiran kita. Hidup ini haruslah seimbang. Dalam kita mengejar ilmu, kita juga tidak harus lupa tentang masa riadah kita.

writtern @6/25/2009